Friday, 8 June 2018
Saturday, 2 June 2018
LADAP ERPH
Hari : Rabu
Tarikh : 30 Mei 2018
Tempat : Makmal Komputer
Fasilitator : Pn Farah Naim Bt Ramli (GPM SMK Sungai Isap Murni)
Tarikh : 30 Mei 2018
Tempat : Makmal Komputer
Fasilitator : Pn Farah Naim Bt Ramli (GPM SMK Sungai Isap Murni)
Penataran eRPH telah diadakan di Makmal Komputer 2, melibatkan semua guru SMK Sungai Isap Murni. Penataran ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan kaedah penghantaran eRPH secara atas talian. Kaedah ini mengintegrasikan kemahiran google drive dan juga VLE Frog. Penataran selama 2 jam tamat sekitar pukul 4.30 petang.
Saturday, 26 May 2018
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN CERAMAH KESIHATAN
Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Mei 2018
Tempat : Gapura Bestari
Tarikh : 25 Mei 2018
Tempat : Gapura Bestari
SMK Sungai Isap Murni telah terpilih menjadi tuan rumah untuk majlis berbuka puasa dan ceramah kesihatan anjuran BBSM. Jemputan terdiri daripada murid-murid dan guru-guru pelbagai unit beruniform, dari sekolah-sekolah sekitar daerah Kuantan. Selain pemeriksaan kesihatan, turut diadakan ceramah berkaitan penjagaan jantung. Program ini memberi impak yang positif dan bermanfaat buat jemputan.
Thursday, 24 May 2018
LIGHTING UP THE COMMUNITY : JALINAN BERSAMA UMP
Hari : Rabu
Tarikh : 16 dan 23 Mei 2018
Perasmi : YH Professor Dato' Yuserrie Bin Zainuddin (Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni)
Tarikh : 16 dan 23 Mei 2018
Perasmi : YH Professor Dato' Yuserrie Bin Zainuddin (Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni)
Rakyat Malaysia digalakkan untuk menggunakan sumber tenaga elektrik dengan bijak dan berjimat cermat kerana teknologi penghasilan tenaga elektrik di Malaysia adalah tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga hijau. Penghasilan tenaga yang masih bergantung kepada pembakaran arang batu akan menghasilkan gas karbon dioksida yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau; jika berlebihan. Teknologi panel suria dapat menghasilkan tenaga elektrik tanpa menghasilkan sebarang gas dan pencemaran. Namun, kos pemasangan sistem panel suria adalah tidak begitu murah, di anggarkan berjumlah lebih RM40,000 untuk menampung penggunaan elektrik sebuah rumah di Malaysia. SMK Sungai Isap Murni berhasrat untuk bekerjasama dengan Fakulti Sains & Teknologi Industri untuk berkongsi kepakaran teknologi sistem panel suria ini bagi meningkatkan aspek keselamatan dan menerangkan kawasan sekolah yang gelap. Tambahan pula dasar pendidikan yang terkini, menjurus ke arah bidang STEM, turut menggalakkan penerapan aspek teknologi hijau dalam pdpc.
Pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 SeMurni dibimbing oleh 19 orang pelajar Tahun 3 Fakulti Sains dan Teknologi Industri UMP, mengendalikan ujikaji menghasilkan arus elektrik berasaskan tumbuhan. Pada majlis perasmian juga, Encik Azhar Bin Daud mewakili SeMurni menandatangani dokumen jalinan bersama UMP yangg diwakili oleh YH Professor Dato' Yuserrie Bin Zainuddin (Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni).
Subscribe to:
Posts (Atom)


























