Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni
Showing posts with label Aktiviti HEM. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti HEM. Show all posts

Wednesday, 14 February 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR

Hari : Isnin
Tarikh : 12 Februari 2018

Pengarah Kastam Negeri Pahang, Tuan Hadzri Bin Mohd Sabri telah sudi hadir dan menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah,Pengawas SPBT, Pengawas Koperasi, Ketua dan Penolong Kelas serta Unit BADAR. Selesai penyampaian watikah, Mohamad Nazmi selaku Ketua Pengawas 2018 telah mengetuai bacaan ikrar pemimpin pelajar. Diharapkan pemimpin pelajar yang telah dilantik dapat memikul tanggung jawab dan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi.

TAHNIAH!




PPKI





BADAR

PENGAWAS SEKOLAH













PENGAWAS PSS

Wednesday, 17 January 2018

Monday, 15 January 2018

PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN SeMURNI 2018

Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Januari 2018
Masa : 8.30 pagi

Unit Kebajikan sekolah, Hal Ehwal Murid telah mengambil inisiatif menyediakan Tabung Kebajikan. Tujuan Tabung Kebajikan ini disediakan adalah untuk diagihkan kepada murid-murid yang memerlukan. Tabung ini akan diedarkan pada setiap hari Jumaat semasa aktiviti Bina Insan dijalankan. Diharapkan melalui pelancaran Tabung Kebajikan ini juga dapat memupuk amalan baik dan nilai-nilai murni dalam diri setiap warga SeMurni. Tabung Kebajikan ini telah dilancarkan oleh Encik Azhar Bin Daud, Pengetua SMK Sungai Isap Murni.


TAKLIMAT BIASISWA BKP DAN YAYASAN PAHANG 2018

Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Januari 2018
Masa : 8.30 pagi


Pn Zarizayati Bt Abd Rahman sebagai Guru Penyelaras Biasiswa telah menyampaikan taklimat berkenaan biasiswa BKP dan Yayasan Pahang kepada semua murid-murid SMK Sungai Isap Murni.


Saturday, 6 January 2018

PROGRAM GURU PENYAYANG

HARI : SELASA
TARIKH : 2 JANUARI 2018

Guru-guru menyambut kedatangan murid-murid pada hari pertama persekolahan seawal pukul 7 pagi. Walaupun hujan lebat, ia tidak mematahkan semangat guru-guru dan murid-murid untuk menghadiri hari pertama persekolahan dengan penuh semangat.



Friday, 5 January 2018