Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Thursday, 24 May 2018

LIGHTING UP THE COMMUNITY : JALINAN BERSAMA UMP

Hari : Rabu
Tarikh : 16 dan 23 Mei 2018
Perasmi : YH Professor Dato' Yuserrie Bin Zainuddin (Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni)

Rakyat Malaysia digalakkan untuk menggunakan sumber tenaga elektrik dengan bijak dan berjimat cermat kerana teknologi penghasilan tenaga elektrik di Malaysia adalah tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga hijau. Penghasilan tenaga yang masih bergantung kepada pembakaran arang batu akan menghasilkan gas karbon dioksida yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau; jika berlebihan. Teknologi panel suria dapat menghasilkan tenaga elektrik tanpa menghasilkan sebarang gas dan pencemaran. Namun, kos pemasangan sistem panel suria adalah tidak begitu murah, di anggarkan berjumlah lebih RM40,000 untuk menampung penggunaan elektrik sebuah rumah di Malaysia. SMK Sungai Isap Murni berhasrat untuk bekerjasama dengan Fakulti Sains & Teknologi Industri untuk berkongsi kepakaran teknologi sistem panel suria ini bagi meningkatkan aspek keselamatan dan menerangkan kawasan sekolah yang gelap. Tambahan pula dasar pendidikan yang terkini, menjurus ke arah bidang STEM, turut menggalakkan penerapan aspek teknologi hijau dalam pdpc.
Pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 SeMurni dibimbing oleh 19 orang pelajar Tahun 3 Fakulti Sains dan Teknologi Industri UMP, mengendalikan ujikaji menghasilkan arus elektrik berasaskan tumbuhan. Pada majlis perasmian juga, Encik Azhar Bin Daud mewakili SeMurni menandatangani dokumen jalinan bersama UMP yangg diwakili oleh YH Professor Dato' Yuserrie Bin Zainuddin (Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni).























No comments:

Post a Comment