Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni
Showing posts with label Aktiviti PIBG. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti PIBG. Show all posts

Thursday, 5 July 2018

SEMINAR SEMURNI SPM

Hari : Selasa dan Rabu
Tarikh : 3-4 Julai 2018
Tempat : Chempaka Resort
Seminar Semurni bagi murid-murid Tingkatan 5 telah diadakan di Chempaka Resort, Kuantan. Di sini, murid-murid didedahkan dengan tips dan teknik menjawab matapelajaran-matapelajaran yang bakal diduduki menjelang SPM 2018. Seminar ini diadakan di luar kawasan sekolah bagi menyuntik semanagat dan meningkatkan motivasi murid. Diharapkan usaha ini akan membuahkan hasil yang cemerlang untuk calon-calon SPM 2018.











Saturday, 30 June 2018

SAMBUTAN AIDILFITRI 2018

Hari : Jumaat
Tarikh : 29 Jun 2018

Sambutan Aidilfitri di SMK Sungai Isaap Murni pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu VIP, YB Fuziah Salleh. Pada tahun ini menampilkan kelainan, di mana setiap tingkatan mempunyai kiosk masing-masing. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terlibat, dengan bimbingan guru-guru penyelaras tingkatan yang telah bertungkus lumus menghias kiosk dan menyediakan pelbagai hidangan yang lazat! Pertandingan bagi kiosk tercantik dan murid yang menepati tema majlis turut menyerikan suasana.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari seluruh warga Semurni!











Tuesday, 15 March 2016

MAJLIS PELANCARAN BUKU TINTA MURNI 2 & PERASMIAN PUSAT PEMBELAJARAN KOMUNITI

Hari : Isnin
Tarikh : 7 Mac 2016
Perasmi : YH Dato' Rosdi Bin Ismail
               Pengarah Pendidikan Pahang

             Tanggal 7 Mac 2016, SMK Sungai Isap Murni melakar sejarah melalui pelancaran Buku Tinta Murni 2 dan perasmian Pusat Pembelajaran Komuniti. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YH Dato' Rosdi Bin Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang. Majlis turut diraikan oleh Tn Hj Abdul Rahim Bin Mohd Yunus (KPPD Kuantan), Tn Hj Mohamed Kamal B. Hashim (KPP BTPN Pahang), Pn Josephine Hezrin Bt Azhar (Pegawai Akademik Bahasa PPD Kuantan) , En Mohd Azman Bin Salleh (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Jaya Gading), Tn Hj Abdul Mubin Bin Abd Rahim (YDP PIBG), wakil-wakil syarikat swasta dan juga ibu bapa. 

             Buku Tinta Murni menampilkan himpunan 10 kajian tindakan yang dijalankan oleh guru-guru SMK Sungai Isap Murni. Buku kedua terbitan Pusat Sumber Sekolah ini mengambil masa hampir dua tahun untuk disempurnakan. Selain Tinta Murni 2, buku Tinta Murni Edisi Pelajar : Jika tidak dipecahkan ruyung… turut dilancarkan. Hal ini bertujuan untuk mencungkil bakat penulisan kreatif dalam diri anak-anak pelajar Sungai Isap Murni. Tinta Murni Edisi Pelajar menghimpunkan 13 cerpen menarik bertemakan peribahasa, seiring dengan Kempen Jom Semarak Peribahasa peringkat sekolah, yang diusahakan oleh Bidang Bahasa, kolaboratif bersama Pusat Sumber Sekolah.

             Pusat Pembelajaran Komuniti merupakan ruangan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama-sama PIBG dan agensi luar bagi menyediakan kemudahan kepada pelajar-pelajar dan komuniti setempat melakukan ulangkaji mahupun aktiviti riadah di luar waktu persekolahan. Pusat Pembelajaran Komuniti juga menyediakan gelanggang bola tampar.











Sunday, 31 January 2016

Wednesday, 18 February 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG 2015

TARIKH : 8 FEBRUARI 2015
HARI : AHAD
TEMPAT : GAPURA BESTARI






LARIAN MURNI 2015

TARIKH : 6 FEBRUARI 2015
HARI : JUMAAT



TEMPAT KETIGA L15

JOHAN L15

JOHAN P18