Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Thursday 21 April 2016

KHEMAH MEMBACA 1 MALAYSIA DAN KURSUS LITERASI MAKLUMAT DAERAH KUANTAN

Hari : Isnin
Tarikh : 18 April 2016

SMK Sungai Isap Murni dipilih menjadi tuan rumah Program Khemah Membaca 1 Malaysia dan Kursus Literasi Maklumat Guru-guru Perpustakaan dan Media Daerah Kuantan. 37 buah sekolah diwakili Guru Perpustakaan Media dan pelajar sekolah-sekolah sekitar daerah Kuantan telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah :


  • Perkongsian Amalan Terbaik NILAM
  • Pameran dan Jualan Buku Mobile Book Cafe
  • Pameran Agensi Luar ; PDRM, Kesihatan Dan AADK
  • Bengkel Penulisan Sastera bersama MBC
  • Pertandingan Kembara Minda ICT
  • Pertandingan Forum Buku Bahasa Melayu
  • Pertandingan Forum Buku Bahasa Inggeris
  • Pertandingan Resensi Buku Bahasa Melayu
  • Pertandingan Resensi Buku Bahasa Inggeris
  • Pertandingan Sahibba
  • Pertandingan Pengucapan Awam
  • Bengkel Pembinaan Modul Literasi Maklumat
Majlis Penutupan Perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Josephine Hezrin Bt Azhar, Pegawai Akademik Bahasa, PPD Kuantan. Melalui ucapannya, beliau juga melancarkan PERTANDINGAN PENULISAN KREATIF peringkat daerah Kuantan. 

Sekali lagi sejarah terlakar apabila buku keempat terbitan Pusat Sumber Sekolah, kolaboratif bersama Bidang Bahasa telah dilancarkan. Buku bertajuk Lembu Aboh Lari Lagi ; Antologi Cerpen Guru-guru menghimpunkan 13 cerpen nukilan guru-guru pelbagai latar dari SMK Sungai Isap Murni. Lebih istimewa, buku ini turut diedarkan kepada semua Guru Perpustakaan dan Media yang hadir untuk dijadikan koleksi di pusat sumber sekolah masing-masing.













1 comment: