SMK Sungai Isap Murni telah dibuka secara rasminya pada 13 Jun 2011. Dibina atas keluasan tanah lebih kurang 12.5 hektar, di kawasan Perkampungan Sungai Isap, sekolah ini hanya 5 km dari bandar Kuantan. Sekolah yang bernilai hampir RM 30 juta ini menerima 22 orang guru termasuk barisan pentadbir dan 4 orang staf pada awal pembukaannya. Pada awalnya, 9 buah kelas telah dibuka iaitu 3 kelas tingkatan 1, 4 kelas tingkatan 2 dan 2 kelas tingkatan 4. Pada 1 Ogos 2011, satu lagi kelas tingkatan 1 dibuka bagi menampung keperluan pelajar. Sekali gus, sekolah turut menerima 2 orang tambahan guru. Jumlah pelajar yang mendaftar di sekolah ini pada hari pendaftaran adalah 280 orang.
Merealisasikan aspirasi akademik, kokurikulum dan sahsiah insan berlandaskan pendidikan berkualiti
- Menyediakan perkhidmatan berkualiti, penyayang dan mesra pelanggan
- Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif terhadap kehendak dan keperluan pelajar, ibu bapa, PIBG dan komuniti
- Menyediakan kemudahan kurikulum, kokurikulum dan prasarana yang selesa dan lengkap mengikut keperluan pelajar.
- Membudayakan "sense of urgency" di dalam tugasan seharian.
- Sentiasa peka terhadap keperluan pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi terkini untuk pelajar
- Segera menjawab panggilan telefon dengan mesra dan kesantunan bahasa
- Sentiasa memberi latihan bertulis secukupnya bagi setiap mata pelajaran
- Mengadakan tiga kali ujian berkala dan dua kali peperiksaan penggal
- Mengadakan kelas tambahan bagi persediaan peperiksaan PMR dan SPM
- Memastikan setiap guru menghabiskan sukatan pelajaran sebelum 30 September
- Berusaha mencapai 100% kelulusan dalam PMR dan SPM.
No comments:
Post a Comment