Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Saturday 26 May 2018

BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH RAMADAN : PUASAKAH SAYA?

Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Mei 2018






MAJLIS BERBUKA PUASA DAN CERAMAH KESIHATAN

Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Mei 2018
Tempat : Gapura Bestari

SMK Sungai Isap Murni telah terpilih menjadi tuan rumah untuk majlis berbuka puasa dan ceramah kesihatan anjuran BBSM. Jemputan terdiri daripada murid-murid dan guru-guru pelbagai unit beruniform, dari sekolah-sekolah sekitar daerah Kuantan. Selain pemeriksaan kesihatan, turut diadakan ceramah berkaitan penjagaan jantung. Program ini memberi impak yang positif dan bermanfaat buat jemputan. 


Thursday 24 May 2018

LIGHTING UP THE COMMUNITY : JALINAN BERSAMA UMP

Hari : Rabu
Tarikh : 16 dan 23 Mei 2018
Perasmi : YH Professor Dato' Yuserrie Bin Zainuddin (Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni)

Rakyat Malaysia digalakkan untuk menggunakan sumber tenaga elektrik dengan bijak dan berjimat cermat kerana teknologi penghasilan tenaga elektrik di Malaysia adalah tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber tenaga hijau. Penghasilan tenaga yang masih bergantung kepada pembakaran arang batu akan menghasilkan gas karbon dioksida yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau; jika berlebihan. Teknologi panel suria dapat menghasilkan tenaga elektrik tanpa menghasilkan sebarang gas dan pencemaran. Namun, kos pemasangan sistem panel suria adalah tidak begitu murah, di anggarkan berjumlah lebih RM40,000 untuk menampung penggunaan elektrik sebuah rumah di Malaysia. SMK Sungai Isap Murni berhasrat untuk bekerjasama dengan Fakulti Sains & Teknologi Industri untuk berkongsi kepakaran teknologi sistem panel suria ini bagi meningkatkan aspek keselamatan dan menerangkan kawasan sekolah yang gelap. Tambahan pula dasar pendidikan yang terkini, menjurus ke arah bidang STEM, turut menggalakkan penerapan aspek teknologi hijau dalam pdpc.
Pelajar-pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 SeMurni dibimbing oleh 19 orang pelajar Tahun 3 Fakulti Sains dan Teknologi Industri UMP, mengendalikan ujikaji menghasilkan arus elektrik berasaskan tumbuhan. Pada majlis perasmian juga, Encik Azhar Bin Daud mewakili SeMurni menandatangani dokumen jalinan bersama UMP yangg diwakili oleh YH Professor Dato' Yuserrie Bin Zainuddin (Timbalan Naib Canselor HEP & Alumni).























Monday 14 May 2018

SAMBUTAN HARI GURU 2018

Hari : Isnin
Tarikh : 14 Mei 2018

Warna-warni sekitar sambutan Hari Guru 2018; bertemakan Kalau Aku Bukan Guru...












Wednesday 9 May 2018

SEMURNI GOT TALENT dan PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BADAN PENGAWAS

Hari : Selasa
Tarikh : 8 Mei 2018

SeMurni Got Talent merupakan aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah bagi mencungkil bakat terpendam dalam diri pelajar SeMurni. Antara bakat yang telah ditonjolkan pada hari berkenaan adalah nyanyian, alunan ayat suci Al-Quran, kemahiran menghasilkan bunyi 'beatbox' dan banyak lagi. SeMurni Got Talent juga menampilkan penampilan istimewa beberapa orang guru, tidak terkecuali tuan pengetua, Encik Azhar Bin Daud.



Tuesday 1 May 2018

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD KUANTAN 2018

TAHNIAH Pasukan Bola Sepak B18 SeMurni! Naib Johan Kejohanan Bola Sepak MSSD Kuantan 2018