Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Sunday 25 February 2018

MAJLIS PEMASYHURAN PSS & PELANCARAN BUKU RESEPI MURNI



Hari : Jumaat
Tarikh : 23 Februari 2018


Pada 23 Februari 2018, setelah hampir 7 tahun SeMurni dibuka, pusat sumber telah dimasyhurkan sebagai Persada Murni oleh Pegawai PPD Kuantan,Tn Hj Mohd Razali bin Mustafa, SMP.,AMP. Beliau turut melnacarkan buku Resipi Murni, penerbitan kelima Pusat Sumber Sekolah. Majlis turut dihadiri oleh Puan Josephine (Setiausaha Perpuspa), Encik Saiful Nizam (wakil KPP BTPN), Tn Haji Abdul Mubin (YDP PIBG), Puan Azlina (wakil Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang), Encik Azman (PTP PKG Jaya Gading), Encik Noor Edy (PTP PKG Jaya Gading) dan Puan Siti Hajar (Guru Besar SKSIM).

Buku Resipi Murni yang memuatkan 42 resipi air tangan warga sekolah yang terdiri dari para guru, kakitangan dan paling istimewa para murid yang meminati bidang masakan menjadi kebanggaan apabila buku ini dihasilkan.
Pelbagai jenis resipi yang terdiri dari aneka nasi, mi,  lauk pauk, makanan barat, kuih muih dan pencuci mulut terdapat dalam buku ini. Pembaca dapat memperoleh  kepuasan apabila setiap resipi mempunyai keunikan dan mudah untuk dicuba. Buku ini juga merupakan terbitan yang ke lima setelah Tinta Murni 1: Nuansa Kreatif (2013), Tinta Murni 2:Kajian Tindakan (guru-guru), Tinta Murni 3: Cerpen Peribahasa (karya para murid) (2014) dan Tinta Murni 4: Lembu Aboh Lari Lagi (2015) yang merupakan antologi cerpen guru-guru pelbagai opsyen.
Kesinambungan ini merupakan bukti bahawa budaya ilmu dalam pelbagai genre dipraktikkan di sekolah ini menerusi bentuk penulisan.
Sempena perasmian nama  baru Pusat Sumber iaitu Persada Murni juga, diadakan pameran bertema iaitu sempena Tahun Baru Cina; dimeriahkan dengan acara menggaul yee sang dan meminum teh cina. Program ini merupakan silang budaya yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk semua sekolah di Malaysia.
Semua warga sekolah telah bertungkus lumus dan bergotong royong dalam menjayakan program ilmu ini; bak kata Tuan Pengetua SMK Sungai Isap Murni, Encik Azhar bin Daud menerusi buku Resipi Murni; ilmu yang baik dimanfaat selamanya.



Simbolik menggaul yee sang sempena pameran bertema Tahun Baru Cina


Choral Speaking










No comments:

Post a Comment