Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Tuesday 2 January 2018

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2018

Hari : Sabtu
Tarikh : 30 Disember 2017

Pendaftaran bagi murid-murid Tingkatan 1 SeMurni telah berjalan dengan lancar. Seramai 116 orang murid yang majoritinya dari SK Sungai Isap Murni, SK Batu Tiga dan lain-lain sekolah telah hadir mendaftar bersama ibu bapa / penjaga masing-masing. Encik Azhar Bin Daud, pengetua SeMurni telah menyampaikan ucapan alu-aluan. Taklimat pendaftaran pula telah disampaikan oleh Puan Nik Zuridah Bt Md Ali selaku Penyelaras Tingkatan 1. Bagi tahun 2018, murid-murid Tingkatan 1 ditempatkan di lima buah kelas; Madani, Unggul, Rahmat, Nadwah dan Iltizam. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan pendaftaran Tingkatan 1 tahun 2018!










No comments:

Post a Comment