Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Tuesday 23 January 2018

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM

Hari : Sabtu
Tarikh : 20 Januari 2018

Sesi Pendaftaran


Taklimat 


Latihan Kawad



Monday 22 January 2018

MAJLIS PERPISAHAN EN AHMAD RIZAL & PUAN ROHANA

Hari : Jumaat
Tarikh : 19 Januari 2018
Tempat : Gapura Bestari

Majlis Perpisahan untuk Encik Ahmad Rizal B. Md Isa dan Puan Rohana Amin telah diadakan bagi menghargai jasa yang telah guru-guru ini curahkan sepanjang berkhidmat di SeMurni. Encik Ahmad Rizal telah berkhidmat di SeMurni sejak pembukaan sekolah, 2011. Puan Rohana berkhidmat di SeMurni pada 2013 dan menjawat jawatan Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik. Mereka telah bertukar ke SMK Abdul Rahman Talib (SMART). Selamat bertugas di tempat baharu cikgu. Jasamu dikenang!









BANTUAN KEBAJIKAN


Tragedi kebakaran yang melibatkan 3 buah rumah di Sg Isap 2 turut melibatkan salah seorang murid SMK Sungai Isap Murni. Unit Kebajikan telah mengedarkan Tabung Kebajikan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat. Bantuan persekolahan telah disampaikan kepada mangsa.


Nama murid: Nur Irdina Maisarah bt Irwan
Ting.1 Iltizam
Nama bapa: Irwan b.Abdullah
Pekerjaan: Pembantu Am.JKR
Nama Ibu: Rosnanita Yahaya


Friday 19 January 2018

MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM 2018

Hari : Rabu
Tarikh : 10 & 17 Januari 2018
Masa : 7.30 - 8.30 pagi

Mesyuarat Agung Kokurikulum telah diadakan pada ketetapan berikut :

10 Januari 2018 : Mesyuarat Agung Unit Beruniform , Kelab dan Persatuan
17 Januari 2018 : Mesyuarat Agung Sukan dan Permainan, Rumah Sukan

Antara agenda yang dibincangkan merupakan pemilihan AJK Tertinggi dan perancangan program. Semua mesyuarat berjalan dengan lancar.




Pandu Puteri 



Ping Pong


Bola Jaring


Panglima Hijau


Perwira Kuning



















Wednesday 17 January 2018

Monday 15 January 2018

PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN SeMURNI 2018

Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Januari 2018
Masa : 8.30 pagi

Unit Kebajikan sekolah, Hal Ehwal Murid telah mengambil inisiatif menyediakan Tabung Kebajikan. Tujuan Tabung Kebajikan ini disediakan adalah untuk diagihkan kepada murid-murid yang memerlukan. Tabung ini akan diedarkan pada setiap hari Jumaat semasa aktiviti Bina Insan dijalankan. Diharapkan melalui pelancaran Tabung Kebajikan ini juga dapat memupuk amalan baik dan nilai-nilai murni dalam diri setiap warga SeMurni. Tabung Kebajikan ini telah dilancarkan oleh Encik Azhar Bin Daud, Pengetua SMK Sungai Isap Murni.


TAKLIMAT BIASISWA BKP DAN YAYASAN PAHANG 2018

Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Januari 2018
Masa : 8.30 pagi


Pn Zarizayati Bt Abd Rahman sebagai Guru Penyelaras Biasiswa telah menyampaikan taklimat berkenaan biasiswa BKP dan Yayasan Pahang kepada semua murid-murid SMK Sungai Isap Murni.


Saturday 13 January 2018