Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Wednesday, 1 January 2020

MAJLIS PERTUKARAN EN AZHAR BIN DAUD, PENGETUA SeMURNI

Tarikh: 27 Disember 2019 (Jumaat)
Tempat: Hotel Zenith


Jasamu dikenang nama diberi
Buat merai pengetua bestari
Tuan insan yang kami kasihi
Jasa tuan amat dihargai

Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati



Saturday, 28 December 2019

PENDAFTARAN MURID SESI 2020

Tarikh: 28 Disember 2019 ( Sabtu)
Masa: 8.00 page
Tempat: Dataran Murni

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU 
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 😊







Friday, 8 November 2019

MALAM SEJAMBAK KENANGAN SeMURNI 2019

Jamuan Makan Malam Akhir Tahun Kelab Keluarga SeMURNI 
di Hotel Seri Malaysia

Tarikh: 8 November 2019
Tema: Flora Fantasi


Daun pandan wangi baunya,
Boleh dibuat bungan rampah;
Tolong-menolong sesama keluarga,
Hubungan erat ukhwah tercapai.

Hilang sepi diraut wajah,
Usah terlerai nilainya budi,
Setia janji tak akan berubah,
Kasih tersemai tetap abadi.



Friday, 4 October 2019

MALAM APRESIASI PEMIMPIN PELAJAR SEMURNI 2019

Malam Apresiasi Pemimpin Pelajar SeMURNI 2019 ini menghimpunkan semua badan kepimpinan di SMK Sungai Isap Murni yang terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Kooperator, Pengawas SPBT, dan BADAR. Turut sama memeriahkan majlis, Pasukan Kompang Sekolah. 

Tempat: Hotel Seri Malaysia
Tema: Fairy Tale

Terima Kasih kepada barisan Pentadbir dan guru-guru yang sudi memeriahkan majlis. Terima kasih jua buat dermawan yang sudi menyumbangkan wang dan keringat bagi melancarkan dan menjayakan majlis ini. 


Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
Di lain tahun berjumpa lagi


Buah selasih buah kelubi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi