Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Wednesday, 5 September 2018

BENGKEL PEMBUGARAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK 21)

Hari : Selasa dan Rabu
Tarikh : 4 dan 5 September 2018

Pada hari pertama LADAP, guru-guru diberi taklimat pembugaran PAK 21. Guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki membuat pembentangan. Pada hari kedua, beberapa guru menjalankan pdpc dan dicerap oleh rakan-rakan guru yang telah dibahagikan mengikut kumpulan. Pencerapan tersebut berdasarkan pelaksanaan elemen PAK 21. Selepas selesai pdpc, semua guru berkumpul di Makmal Komputer bagi sesi refleksi.












Tuesday, 4 September 2018

MAJLIS ANUGERAH NILAM 2018

Hari : Isnin
Tarikh : 3 September 2018
Tempat : Gapura Bestari

Sebagai penghargaan kepada murid-murid yang telah melaksanakan NILAM bagi tahun 2018, Anugerah NILAM telah diadakan. Pada majlis ini beberapa penghargaan telah diberikan. Antaranya :

Tokoh NILAM Guru : Pn Anita

Tokoh Nilam Murid : Shahirah 2M

Tokoh NILAM Bulanan

Penyumbang Buku Terbanyak : Pn Rodziah

Anugerah Khas Pameran Bertema : Panitia Pendidikan Islam


Tokoh NILAM 2018 menerima wang tunai, sijil, buku, kamus dan alat tulis

TAHNIAH!!!

Friday, 31 August 2018

LAUNGAN KEMERDEKAAN - 31 OGOS

Hari : Khamis
Tarikh : 30 Ogos 2018
Tempat : Dataran Murni

Sambutan kemerdekaan telah dijalankan secara sederhana di SMK Sungai Isap Murni pada 30 Ogos 2018. Walaupun sederhana, penghayatan nilai-nilai kemerdekaan dan patriotisme dapat dihayati menerusi nyanyian lagu tema kemerdekaan pada tahun ini, Sayangi Malaysiaku, Lagu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos. 
Pada hari yang sama, turut diadakan Quranic Hour pada pukul 12.30 tengahari. Semua warga Semurni mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan seterusnya melaksanakan solat Zuhur secara berjemaah.




Thursday, 30 August 2018

BENGKEL PAK21 KLUSTER 2

Hari : Isnin dan Selasa
Tarikh : 27  dan 28 Ogos 2018
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran : Guru-guru Kanan Matapelajaran Sekolah Daerah Kuantan (Kluster 2)


Wednesday, 29 August 2018