Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Thursday, 5 April 2018

Saturday, 31 March 2018

PENUTUPAN MINGGU SPBT 2018

Hari : Isnin - Jumaat
Tarikh : 13-16 Mac 2018

Majlis Penutup Minggu SPBT telah diadakan pada 30 Mac 2018. Penyampaian hadiah disampaikan oleh tuan pengetua, Encik Azhar Bin Daud kepada pemenang-pemenang yang telah menyertai pelbagai aktiviti sepanjang Minggu SPBT. Penghargaan juga diberi buat guru-guru yang telah menguruskan SPBT dengan baik.




Tuesday, 20 March 2018

NIGHT@LIBRARY

Hari : Jumaat - Sabtu
Tarikh : 16-17 Mac 2018
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Seramai 4 org pengawas pusat sumber SeMurni telah menyertai program Night@library, anjuran Perbadanan Awam Pahang. Pelbagai aktiviti menarik  telah disediakan seperti memasang khemah di perkarangan perpustakaan, riadah pagi, ceramah motivasi oleh Abang SMART dan persembahan kebudayaan.

→→→→→http://youtu.be/OeBE_Eyhm4M









Friday, 16 March 2018

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2017

Hari : Khamis
Tarikh : 15 Mac 2018

Sejarah tercipta buat SMK Sungai Isap Murni di mana buat pertama kalinya mencatat GPS 4.44, GPS terbaik sekolah semenjak sekolah ini dibuka. Terdapat peningkatan mendadak bagi jumlah pelajar yang mendapat 5A ke atas. Keputusan SPM 2017 menyaksikan Nurul Izzah Bt Shasharim mendapat keputusan terbaik dengan 7A2B  dan tiga orangpelajar, Aliuddin, Mohd Azli dan Mohd Iqbal masing-masing mendapat 7A1B. Pada hari berkenaan juga terdapat agensi luar yang menyediakan pameran pendidikan. Terdapat juga ibu bapa yang hadir bagi memberi sokongan kepada anak-anak. Tahniah buat semua penerima keputusan SPM 2017. SeMurni We Can Do It!