Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Wednesday, 14 February 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR

Hari : Isnin
Tarikh : 12 Februari 2018

Pengarah Kastam Negeri Pahang, Tuan Hadzri Bin Mohd Sabri telah sudi hadir dan menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah,Pengawas SPBT, Pengawas Koperasi, Ketua dan Penolong Kelas serta Unit BADAR. Selesai penyampaian watikah, Mohamad Nazmi selaku Ketua Pengawas 2018 telah mengetuai bacaan ikrar pemimpin pelajar. Diharapkan pemimpin pelajar yang telah dilantik dapat memikul tanggung jawab dan amanah yang diberi dengan penuh dedikasi.

TAHNIAH!




PPKI





BADAR

PENGAWAS SEKOLAH













PENGAWAS PSS

Saturday, 10 February 2018

MAJLIS PELANCARAN NILAM 2018

Hari : Jumaat
Tarikh : 9 Februari 2018

Majlis Pelancaran Nilam 2018 telah disempurnakan oleh Puan Ani Binti Embong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SeMurni. Majlis ini adalah sebagai simbolik pembugaran Nilam Baharu agar murid-murid lebih bersemangat melaksanakan Nilam pada tahun ini. Pada majlis berkenaan juga, Puan Farah Naim Bt Ramli, Guru Perpustakaan Media SeMurni memaklumkan murid yang memperoleh mata ganjaran terbanyak akan dinobatkan  sebagai Tokoh Nilam SeMurni 2018.


Friday, 9 February 2018

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM - KADET POLIS

HARI : RABU
TARIKH : 7 FEBRUARI 2018

Kadet Polis merupakan Unit Beruniform bertugas bagi Perhimpunan Rasmi Kokurikulum Bulan Februari. Secara keseluruhan, pasukan Kadet Polis telah mengendalikan perhimpunan rasmi ini dengan baik. Tahniah!











Thursday, 8 February 2018

Bengkel Kemahiran Kalkulator Tingkatan 3


Tarikh : 5 Feb 2018 ( Isnin)
Masa : 7.30 - 10.30 pagi
Tempat : Makmal Komputer 2
Kehadiran : 63/88 murid
Fasilitator : Pn Nurul Shima, En Hafiz n Pn Norzahidah