Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Monday, 22 January 2018

BANTUAN KEBAJIKAN


Tragedi kebakaran yang melibatkan 3 buah rumah di Sg Isap 2 turut melibatkan salah seorang murid SMK Sungai Isap Murni. Unit Kebajikan telah mengedarkan Tabung Kebajikan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat. Bantuan persekolahan telah disampaikan kepada mangsa.


Nama murid: Nur Irdina Maisarah bt Irwan
Ting.1 Iltizam
Nama bapa: Irwan b.Abdullah
Pekerjaan: Pembantu Am.JKR
Nama Ibu: Rosnanita Yahaya


Friday, 19 January 2018

MESYUARAT AGUNG KOKURIKULUM 2018

Hari : Rabu
Tarikh : 10 & 17 Januari 2018
Masa : 7.30 - 8.30 pagi

Mesyuarat Agung Kokurikulum telah diadakan pada ketetapan berikut :

10 Januari 2018 : Mesyuarat Agung Unit Beruniform , Kelab dan Persatuan
17 Januari 2018 : Mesyuarat Agung Sukan dan Permainan, Rumah Sukan

Antara agenda yang dibincangkan merupakan pemilihan AJK Tertinggi dan perancangan program. Semua mesyuarat berjalan dengan lancar.




Pandu Puteri 



Ping Pong


Bola Jaring


Panglima Hijau


Perwira Kuning



















Wednesday, 17 January 2018

Monday, 15 January 2018

PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN SeMURNI 2018

Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Januari 2018
Masa : 8.30 pagi

Unit Kebajikan sekolah, Hal Ehwal Murid telah mengambil inisiatif menyediakan Tabung Kebajikan. Tujuan Tabung Kebajikan ini disediakan adalah untuk diagihkan kepada murid-murid yang memerlukan. Tabung ini akan diedarkan pada setiap hari Jumaat semasa aktiviti Bina Insan dijalankan. Diharapkan melalui pelancaran Tabung Kebajikan ini juga dapat memupuk amalan baik dan nilai-nilai murni dalam diri setiap warga SeMurni. Tabung Kebajikan ini telah dilancarkan oleh Encik Azhar Bin Daud, Pengetua SMK Sungai Isap Murni.


TAKLIMAT BIASISWA BKP DAN YAYASAN PAHANG 2018

Hari : Jumaat
Tarikh : 12 Januari 2018
Masa : 8.30 pagi


Pn Zarizayati Bt Abd Rahman sebagai Guru Penyelaras Biasiswa telah menyampaikan taklimat berkenaan biasiswa BKP dan Yayasan Pahang kepada semua murid-murid SMK Sungai Isap Murni.