Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Tuesday, 5 April 2016

KEM JEJAK GEMILANG TINGKATAN 5

Hari : Rabu dan Khamis
Tarikh : 30 & 31 Mac 2016
Tempat : Kompleks Dagangan Mahkota, Indera Mahkota



Monday, 4 April 2016

LAWATAN PENANDA ARAS KOLEJ VOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS KUANTAN

Hari : Rabu
Tarikh : 30 Mac 2016


SMK Sungai Isap Murni menerima kunjungan penanda aras dari Kolej Vokasional Pendidikan Khas Kuantan

Tuesday, 15 March 2016

MAJLIS PELANCARAN BUKU TINTA MURNI 2 & PERASMIAN PUSAT PEMBELAJARAN KOMUNITI

Hari : Isnin
Tarikh : 7 Mac 2016
Perasmi : YH Dato' Rosdi Bin Ismail
               Pengarah Pendidikan Pahang

             Tanggal 7 Mac 2016, SMK Sungai Isap Murni melakar sejarah melalui pelancaran Buku Tinta Murni 2 dan perasmian Pusat Pembelajaran Komuniti. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YH Dato' Rosdi Bin Ismail, Pengarah Pendidikan Pahang. Majlis turut diraikan oleh Tn Hj Abdul Rahim Bin Mohd Yunus (KPPD Kuantan), Tn Hj Mohamed Kamal B. Hashim (KPP BTPN Pahang), Pn Josephine Hezrin Bt Azhar (Pegawai Akademik Bahasa PPD Kuantan) , En Mohd Azman Bin Salleh (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Jaya Gading), Tn Hj Abdul Mubin Bin Abd Rahim (YDP PIBG), wakil-wakil syarikat swasta dan juga ibu bapa. 

             Buku Tinta Murni menampilkan himpunan 10 kajian tindakan yang dijalankan oleh guru-guru SMK Sungai Isap Murni. Buku kedua terbitan Pusat Sumber Sekolah ini mengambil masa hampir dua tahun untuk disempurnakan. Selain Tinta Murni 2, buku Tinta Murni Edisi Pelajar : Jika tidak dipecahkan ruyung… turut dilancarkan. Hal ini bertujuan untuk mencungkil bakat penulisan kreatif dalam diri anak-anak pelajar Sungai Isap Murni. Tinta Murni Edisi Pelajar menghimpunkan 13 cerpen menarik bertemakan peribahasa, seiring dengan Kempen Jom Semarak Peribahasa peringkat sekolah, yang diusahakan oleh Bidang Bahasa, kolaboratif bersama Pusat Sumber Sekolah.

             Pusat Pembelajaran Komuniti merupakan ruangan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama-sama PIBG dan agensi luar bagi menyediakan kemudahan kepada pelajar-pelajar dan komuniti setempat melakukan ulangkaji mahupun aktiviti riadah di luar waktu persekolahan. Pusat Pembelajaran Komuniti juga menyediakan gelanggang bola tampar.











Wednesday, 10 February 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2016

HARI : JUMAAT
MASA : 5 FEBRUARI 2016

Walaupun hujan lebat pada mulanya, ternyata ia tidak mematahkan semangat pelajar melalui semangat kesukanan yang telah ditunjukkan. Tahniah buat Pendekar Merah yang telah dinobatkan  Johan Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa 2016.