🌟TAZKIRAH RAMADAN 🌟
Ulangkaji Ibadah Puasa
Sebagai Muslim, menjadi kewajipan kita melaksanakan segala ibadat yang diperintahkan termasuklah Ibadat Puasa. Bagi memastikan ibadat puasa dilaksanakan dengan sempurna dan diterima oleh Allah sebagai tanda pengabdian kita kepada Nya, sebaiknya kita mengulangkaji beberapa perkara berkaitan dengan Ibadat Puasa.
Syarat Wajib Puasa:
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (tidak musafir)
6. Suci (dari haid dan nifas)
Syarat Sah Puasa:
1. Islam
2. Berakal dan Mumayyiz
3. Suci (dari haid dan nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan
Rukun Puasa:
1. Niat
2. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa
Perkara Yang Membatalkan Puasa:
1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka
3. Muntah dengan sengaja
4. Keluar haid dan nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dengan sengaja
8. Bersetubuh pada siang hari
Perkara Sunat Ketika Puasa:
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dengan kurma atau juadah manis
3. Membanyakkan doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca al-quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
6. Sentiasa bersedekah
7. Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat
8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh
Perkara Makruh Ketika Puasa:
1. Berbekam
2. Berkumur secara berlebihan
3. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan ketika wuduk
4. Mandi yang berlebihan
5. Merasa makanan dengan lidah
6. Memberus gigi selepas gelincir matahari
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian
#unitBinainsanSeMurni