Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Saturday 28 December 2019

PENDAFTARAN MURID SESI 2020

Tarikh: 28 Disember 2019 ( Sabtu)
Masa: 8.00 page
Tempat: Dataran Murni

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BARU 
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 😊







Friday 8 November 2019

MALAM SEJAMBAK KENANGAN SeMURNI 2019

Jamuan Makan Malam Akhir Tahun Kelab Keluarga SeMURNI 
di Hotel Seri Malaysia

Tarikh: 8 November 2019
Tema: Flora Fantasi


Daun pandan wangi baunya,
Boleh dibuat bungan rampah;
Tolong-menolong sesama keluarga,
Hubungan erat ukhwah tercapai.

Hilang sepi diraut wajah,
Usah terlerai nilainya budi,
Setia janji tak akan berubah,
Kasih tersemai tetap abadi.



Friday 4 October 2019

MALAM APRESIASI PEMIMPIN PELAJAR SEMURNI 2019

Malam Apresiasi Pemimpin Pelajar SeMURNI 2019 ini menghimpunkan semua badan kepimpinan di SMK Sungai Isap Murni yang terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Kooperator, Pengawas SPBT, dan BADAR. Turut sama memeriahkan majlis, Pasukan Kompang Sekolah. 

Tempat: Hotel Seri Malaysia
Tema: Fairy Tale

Terima Kasih kepada barisan Pentadbir dan guru-guru yang sudi memeriahkan majlis. Terima kasih jua buat dermawan yang sudi menyumbangkan wang dan keringat bagi melancarkan dan menjayakan majlis ini. 


Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
Di lain tahun berjumpa lagi


Buah selasih buah kelubi
Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi


Saturday 14 September 2019

Lambaian Kasih, Sanjungan Budi Puan Sabariah Ahmad Zabidi

Selamat bersara Pn Hjh Sabariah,
Terima kasih atas khidmat bakti dan budi


Amat ketara pucuk siantan,
          Rasa segar tepian titi;
Selamat bersara ufuk ingatan,
          Mekar jasa di taman bakti. 


Tuai padi tinggal jerami,
          Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
          Moga tenang nikmati hidup.


Pahat papan serupa dulu,
          Bawah kain daun cermai;
Rehatlah tuan di dunia baru,
          Ukhuwah terjalin usah terurai.


Saturday 23 February 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG SEMURNI KALI KE 7

Tarikh   : 23 FEBRUARI 2019 (SABTU)
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Gapura Bestari








Wednesday 20 February 2019

LOMPATAN EMAS SeMURNI DI MSSD KUANTAN

Alhamdulillah.. pingat EMAS milik SeMURNI bagi acara lompat tinggi lelaki B18, MSSD KUANTAN dengan  ketinggian 1.72m




Tahniah atlet sekolah, Muhammad Fikhrul Radzi bin Mizan dari Tingkatan 5Iltizam

PERTANDINGAN KHAT HURUF TUNGGAL @


TAHNIAH ! SeMURNI TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN KHAT HURUF TUNGGAL PERINGKAT PPD KUANTAN 


Tahniah pada jurulatih dan guru pengiring, Ustzah Noratikah 



PERHIMPUNAN RASMI KOKURIKULUM KALI KE- 2


Tahniah Pasukan Pandu Puteri kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Rasmi Ko dengan cemerlang. 

SeMURNI, WE CAN DO IT ! 






Monday 18 February 2019

GANGSA 4X400m Kategori LELAKI 18 TAHUN milik SeMURNI

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MSSD KUANTAN 2019

Tarikh   : 18 - 21 MAC 2019
Tempat : Stadium Darul Makmur

Sekalung tahniah buat Atlit 4x400m L18 SeMURNI.

SeMURNI, We Can Do It !


  1. AWANGKU AIMAN SHAH FAHD BIN ABDULLAH
  2. MUHAMMAD HAIKAL BIN NIZAM
  3. ]MUHAMMAD RASHIKIE RISHMAN BIN ARIKI
  4. MUHAMMAD FHIKRUL RADZIE BIN MIIZAN 





MAJLIS PEMUAFAKATAN KPM DAN PDRM 2019








Friday 15 February 2019

Thursday 14 February 2019

TAHNIAH TEAM CATUR SEMURNI

Semurni mengungguli sekolah paling ramai layak ke MSSD untuk zon Perkasa

Tahniah pada Pn Rodziah Mat Akil dan Pn Raudzatul Akma sebagai guru Penasihat Kelab Catur SeMURNI


Upacara penyampaian Sijil dan Pingat di SeMURNI  pada 20 Februari 2019 
oleh Tn Pengetua, En Azhar bin Daud 



SIRKIT TERBUKA TENPIN BOLING MSSD

Tarikh : 14 Februari 2019

Masa : 9.30 pagi
Tempat : Kuantan Plaza Lanes





Tuesday 12 February 2019

PRA- KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SeMURNI 2019 kali ke 7

Tarikh : 12 - 13 FEBRUARI 2019
Masa : 7.30 pagi - 10.20 pagi
Tempat : Padang SeMURNI

PERWIRA KUNING
PANGLIMA HIJAU
PENDEKAR MERAH
PAHLAWAN BIRU

Mula berentap memburu kejuaraan