Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Saturday 30 June 2018

SAMBUTAN AIDILFITRI 2018

Hari : Jumaat
Tarikh : 29 Jun 2018

Sambutan Aidilfitri di SMK Sungai Isaap Murni pada tahun ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu VIP, YB Fuziah Salleh. Pada tahun ini menampilkan kelainan, di mana setiap tingkatan mempunyai kiosk masing-masing. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang terlibat, dengan bimbingan guru-guru penyelaras tingkatan yang telah bertungkus lumus menghias kiosk dan menyediakan pelbagai hidangan yang lazat! Pertandingan bagi kiosk tercantik dan murid yang menepati tema majlis turut menyerikan suasana.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari seluruh warga Semurni!











Friday 8 June 2018

WORLD QURAN HOUR

Hari : Khamis
Tarikh : 7 Jun 2018
Tempat : Gapura Bestari

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak, SMK Sungai Isap Murni turut menyokong kempen World Quran Hour. Majlis anjuran Unit Bina Insan ini diadakan di Gapura Bestari, melibatkan murid-murid dan guru-guru Semurni.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Saturday 2 June 2018

LADAP ERPH

Hari : Rabu
Tarikh : 30 Mei 2018
Tempat : Makmal Komputer
Fasilitator : Pn Farah Naim Bt Ramli (GPM SMK Sungai Isap Murni)

Penataran eRPH telah diadakan di Makmal Komputer 2, melibatkan semua guru SMK Sungai Isap Murni. Penataran ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan kaedah penghantaran eRPH secara atas talian. Kaedah ini mengintegrasikan kemahiran google drive dan juga VLE Frog. Penataran selama 2 jam tamat sekitar pukul 4.30 petang.