Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Saturday 31 March 2018

PENUTUPAN MINGGU SPBT 2018

Hari : Isnin - Jumaat
Tarikh : 13-16 Mac 2018

Majlis Penutup Minggu SPBT telah diadakan pada 30 Mac 2018. Penyampaian hadiah disampaikan oleh tuan pengetua, Encik Azhar Bin Daud kepada pemenang-pemenang yang telah menyertai pelbagai aktiviti sepanjang Minggu SPBT. Penghargaan juga diberi buat guru-guru yang telah menguruskan SPBT dengan baik.




Tuesday 20 March 2018

NIGHT@LIBRARY

Hari : Jumaat - Sabtu
Tarikh : 16-17 Mac 2018
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Seramai 4 org pengawas pusat sumber SeMurni telah menyertai program Night@library, anjuran Perbadanan Awam Pahang. Pelbagai aktiviti menarik  telah disediakan seperti memasang khemah di perkarangan perpustakaan, riadah pagi, ceramah motivasi oleh Abang SMART dan persembahan kebudayaan.

→→→→→http://youtu.be/OeBE_Eyhm4M









Friday 16 March 2018

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN SPM 2017

Hari : Khamis
Tarikh : 15 Mac 2018

Sejarah tercipta buat SMK Sungai Isap Murni di mana buat pertama kalinya mencatat GPS 4.44, GPS terbaik sekolah semenjak sekolah ini dibuka. Terdapat peningkatan mendadak bagi jumlah pelajar yang mendapat 5A ke atas. Keputusan SPM 2017 menyaksikan Nurul Izzah Bt Shasharim mendapat keputusan terbaik dengan 7A2B  dan tiga orangpelajar, Aliuddin, Mohd Azli dan Mohd Iqbal masing-masing mendapat 7A1B. Pada hari berkenaan juga terdapat agensi luar yang menyediakan pameran pendidikan. Terdapat juga ibu bapa yang hadir bagi memberi sokongan kepada anak-anak. Tahniah buat semua penerima keputusan SPM 2017. SeMurni We Can Do It!










Monday 12 March 2018

HARI SUKAN 2018

Hari : Ahad
Tarikh : 11 Mac 2018

Johan Keseluruhan : Pendekar Merah
Tempat Kedua : Pahlawan Biru
Tempat Ketiga : Perwira Kuning
Tempat Keempat : Panglima Hijau

Johan Perbarisan : Panglima Hijau
Naib Johan : Perwira Kuning
Tempat Ketiga : Pendekar Merah

Johan Hiasan Rumah : Panglima Hijau
Naib Johan : Perwira Kuning
Tempat Ketiga : Pahlawan Biru








Thursday 8 March 2018

PERTANDINGAN MTQ ZON PERKASA DAN DAERAH KUANTAN

Hari : Rabu
Tarikh : 28 Februari 2018
Program : MTQ Peringkat Zon Perkasa

PENCAPAIAN :

Nasyid : Johan
Tadarus : Johan

Johan Tadarus MTQ Zon Perkasa

Johan Nasyid MTQ Zon Perkasa

Hari : Rabu
Tarikh : 7 Mac 2018
Program :MTQ Peringkat Daerah Kuantan

PENCAPAIAN :

Nasyid : Naib Johan
Tadarus :  Tempat Keempat



Naib Johan Nasyid MTQ Daerah Kuantan