Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Friday 28 December 2018

PENDAFTARAN TINGKATAN 2,3,4,DAN 5 TAHUN 2019




LAPORAN PENDAFTARAN TINGKATAN 2,3,4 dan 5  2019

Tarikh                         :           29 NOV 2018 (SABTU)
Tempat                       :           DATARAN MURNI, SMK SUNGAI ISAP MURNI

Catatan :

Program Pendaftaran Murid Tingkatan 2,3,4,dan 5 akan dijalankan setiap tahun begitu juga bagi tahun 2019. Program dimulakan dengan sesi taklimat daripada GPK HEM tentang perjalanan proses pengesahan pendaftaran murid sehingga selesai. Selepas selesai taklimat murid-murid tingkatan 2 hingga 5 dibawa ke kelas maisng-masing oleh guru kelas.

Kehadiran murid mengikut tingkatan adalah seperti berikut:
1)    Tingkatan 2 : 83/114
2)    Tingkatan 3 : 94 /116
3)    Tingkatan 4  : 50 /75
4)    Tingkatan 5 : 71 /89

Jumlah keseluruhan : 298 /394

                           
Program berjalan lancar dengan kerjasama semua guru-guru dan ibu bapa yang hadir. Murid-murid bersama guru kelas membersihkan persekitaran kelas dan memastikan semua meja dan kerusi mencukupi untuk memulakan sesi persekolahan pada hari Rabu nanti.












PENDAFTARAN TINGKATAN 1 TAHUN 2019



LAPORAN PENDAFTARAN TINGKATAN 1 2019

Tarikh                         :           29 NOV 2018 (SABTU)
Tempat                       :           GAPURA BESTARI, SMK SUNGAI ISAP MURNI

Catatan :

Program Pendaftaran Murid Tingkatan 1 akan dijalankan setiap tahun begitu juga bagi tahun 2019. program dimulakan dengan sesi taklimat daripada kaunselor Cik Hajah Emas binti Sani. Seterusnya pengetua SMk Sungai Isap Murni, En Azhar bin Daud memberikan ucapan berhubung dengan maklumat sekolah dan diikuti dengan taklimat berkenaan Hal Ehwal Murid oelh GPK HEM iaitu En Mohd Hafiz bin Talibin. Empat kaunter telah dibuka bagi memudahkan ibu bapa mengesahkan pendaftaran anak masing-masing.

Kehadiran murid mengikut kaunter adalah seperti berikut:
1)    Kaunter SK Sungai Isap Murni : 51/68
2)    Kaunter SK Batu 3 : 21/27
3)    Kaunter SK Tanah Putih Baru : 19/21
4)    Kaunter SK Lain-lain : 17/26

Jumlah keseluruhan : 108/142

Kehadiran murid Pendidikan Khas : 5 orang
                           

Program berjalan lancar dengan kerjasama semua guru-guru dan ibu bapa yang hadir.