Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Tuesday 21 November 2017

PROGRAM PRA SPM MATEMATIK 2018

Tarikh : 6 November - 17 November 2017
Sasaran : Semua murid Tingkatan 4
Anjuran : Panitia Matematik Semurni

Program ini merupakan pengisian aktiviti selepas Peperiksaan Akhir Tahun bagi murid-murid Tingkatan 4. Fokus utama program adalah untuk mengajar 3 topik daripada silibus Tingkatan 5 iaitu Graf Fungsi, , Penjelmaan dan Pelan & Dongakan. Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang disasarkan.




Sunday 19 November 2017

Cabutan Kehadiran 100% 2017 dan Pemasyuran Nama Singkatan SMK Sungai Isap Murni

Hari : Jumaat
Tarikh : 17 November 2017
Tempat : Dataran Murni

Dua orang pelajar bertuah, yang hadir 100% sepanjang tahun 2017 telah terpilih dan menerima hadiah sebuah telefon pintar setiap seorang. Penghormatan diberikan buat mantan GPK HEM, En Fadzilah Bin Hj Mohamed Tahir bagi membuat cabutan. Pada majlis ini juga, pemasyuran nama singkatan SMK Sungai Isap Murni diadakan iaitu SEMURNI, bagi menggantikan SEMSIM. Tahniah diucapkan buat Siti Fathonah (2 Unggul) dan Alifah (1 Nadwah)..!!!






Majlis Seuntai Kasih Sekalung Budi

Hari : Jumaat
Tarikh : 17 November 2017
Tempat : Dataran Murni (Pagi)
               Hotel Grand Darul Makmur (Petang)

Majlis ini diadakan bagi meraikan mantan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), En Fadzilah Bin Hj Mohamed Tahir, yang bertukar ke SMK Paya Besar, sebagai GPK Pentadbiran. Beliau merupakan antara guru perintis yang membangunkan SMK Sungai Isap Murni, sejak pembukaan sekolah ini, pada 13 Jun 2011, bersama-sama 24 orang guru dan 4 orang staf. Banyak budi, jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau dalam usaha memangkin kecemerlangan anak-anak Semurni dari segi sahsiah, disiplin dan kebajikan khususnya. En Fadzilah juga turut menanam pokok kenangan di Taman Herba. Kami warga Semurni mendoakan agar En Fadzilah terus cemerlang.

















Penyerahan Tugas GPK HEM

Hari : Rabu
Tarikh : 15 November 2017


Serah tugas HEM antaran En Fadzilah Bin Hj Mohamed Tahir dan En Mohd Hafiz Bin Talibin


'Punch card' terakhir di Semurni


Sunday 5 November 2017

MAJLIS RESTU ILMU SPM

Hari : Jumaat
Tarikh : 3 November 2017
Tempat : Gapura Bestari












SPM 2017




Selamat berjaya buat semua calon SPM SEMSIM 2017..! 
Kami, warga SEMSIM sentiasa mendoakan kejayaan anda.

JUST DO IT

Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang

JUST DO IT - Program pecutan akhir SPM anjuran Panitia Bahasa Inggeris bertujuan sebagai pengukuhan persediaan akhir bagi subjek Bahasa Inggeris menjelang SPM 2017. Tahniah diucapkan buat semua guru Bahasa Inggeris! Semoga usaha yang murni ini membuahkan hasil yang cemerlang.





PROGRAM GURU MUDA MATEMATIK SPM 2017



Program Guru Muda merupakan program anjuran Panitia Matematik yang dijalankan pada setiap hari Rabu (selepas sesi persekolahan tamat). Program ini mengamalkan konsep pembelajaran menerusi rakan sebaya. Penerapan amalan PLC dalam pdpc dijalankan secara berkumpulan iaitu peer coaching.







MURAL 3D

MURAL 3D SEMSIM

Tahniah buat team PSV, Tn Hj. Mohd Al Hafiz dan murid-murid yang terlibat..!!!
Seni & kreativiti di SEMSIM