Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog SMK Sungai Isap Murni

Monday 12 April 2021

Tazkirah Ramadhan #1

 🌟TAZKIRAH RAMADAN 🌟

Ulangkaji Ibadah Puasa


Sebagai Muslim, menjadi kewajipan kita melaksanakan segala ibadat yang diperintahkan termasuklah Ibadat Puasa. Bagi memastikan ibadat puasa dilaksanakan dengan sempurna dan diterima oleh Allah sebagai tanda pengabdian kita kepada Nya, sebaiknya kita mengulangkaji beberapa perkara berkaitan dengan Ibadat Puasa. 


Syarat Wajib Puasa:


1.  Islam

2.  Baligh

3.  Berakal

4.  Sihat

5.  Bermukim (tidak musafir)

6.  Suci (dari haid dan nifas)


Syarat Sah Puasa:


1.  Islam

2.  Berakal dan Mumayyiz

3.  Suci (dari haid dan nifas)

4.  Nyata masuknya bulan Ramadhan


Rukun Puasa:


1.  Niat

2.  Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa


Perkara Yang Membatalkan Puasa:


1.  Makan dan minum dengan sengaja

2.  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka

3.  Muntah dengan sengaja

4.  Keluar haid dan nifas

5.  Gila

6.  Murtad

7.  Keluar mani dengan sengaja

8.  Bersetubuh pada siang hari


Perkara Sunat Ketika Puasa:


1.  Segera berbuka puasa

2.  Berbuka dengan kurma atau juadah manis

3.  Membanyakkan doa

4.  Melambatkan bersahur

5.  Banyakkan baca al-quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan

6.  Sentiasa bersedekah

7.  Jauhkan diri daripada bercakap perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat

8.  Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh


Perkara Makruh Ketika Puasa:


1.  Berbekam

2.  Berkumur secara berlebihan

3.  Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan ketika wuduk

4.  Mandi yang berlebihan

5.  Merasa makanan dengan lidah

6.  Memberus gigi selepas gelincir matahari


Selamat Menjalani Ibadah Puasa 


Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian


#unitBinainsanSeMurni

Friday 9 April 2021

Santapan Rohani Di Hari Jumaat Penuh Baraqah






Santapan Rohani di hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah. Tahniah Unit HEM/ Bina Insan dan warga SeMurni Kuantan 

Semoga anak-anak SeMURNI cemerlang duniawi dan ukhrawi. 

We❤️SeMURNI